Thursday 27 June 2013

Lim Kit Siang bukan pengasas DAP


Semasa Singapura bercantum dengan Malaysia, PAP  membuka cawangannya di Malaysia. Ketika itu PAP Malaysia di ketuai oleh Encik Goh Hock Guan.
Setelah Singapura berpisah dari Malaysia, PAP (Parti Tindakan Rakyat)  tidak di benarkan untuk  menggunakan nama PAP. Justeru, PAP Malaysia bertukar nama kepada DAP (Parti Tindakan Demokratik). Dan Setiausaha Agong DAP adalah Encik Fan Yew Guan.
Dalam pilihan raya umum Malaysia, C V Devan Nair telah di pilih sebagai Wakil Rakyat bagi Bangsar. Dengan kemenangan tersebut maka C V Devan Nair dilantik sebagai Setiausaha Agong DAP.
Walaupun C V Devan Nair merupakan Wakil Rakyat bagi kawasan undi Bangsar tetapi beliau sering membantu PAP di Singapura. Semasa memegang jawatan Wakil Rakyat Bangsar, C V Devan Nair telah meninggalkan kawasan undinya, (Bangsar) dan lari ke Singapura bagi membantu PAP dalam usaha parti itu (PAP) melicinkan pergerakan kesatuan buruh di sana. Kawasan undi Bangsar di tinggalkan dengan tidak ada pengawasan dari DAP.
Melihat dan menimbang DAP di Malaysia tidak ada yang menangani dan mentadbirkannya maka pucuk kepimpinan PAP di Singapura telah mengarahkan salah seorang pemberita di Straits Times Singapura ke Malaysia bagi mengetuai dan menguruskan DAP. Beliau adalah Lim Kit Siang.
Ini jelas Lim Kit Siang atau anaknya, Lim Guan Eng bukan pengasas DAP. Dan parti itu sentiasa berjuang untuk kepentingan orang Cina. DAP mempergunakan orang Melayu atau India untuk kepentingan kaum mereka iaini Cina. Perlantikan seseorang dari kaum bukan cina hanya untuk mengising ruang kosong sebelum parti mendapat pengantinya dari kalangan orang cina untuk mentadbirkan perjalanan parti.
Ini jelas membuktikan bahwa DAP mempergunakan orang Melayu dan India sebagai kuda tunggangan buat mereka iaini orang cina (dalam DAP) demi untuk mencapai politik kecinaan DAP keseluruhannya.

No comments:

Post a Comment